Friday, April 22, 2011

Kawen Oo Kawen..


Salam dan hai kat semua..malam nie aqu free so nk update la blog y seberapa nie hohoho..
So malam nie kite cite2 skit n bicara sal isu PERKAHWINAN tuk korang y belum taw n da taw..Jom bacee..


Menurut hukum Islam(syarak), perkahwinan ialah akad nikah yang membolehkan seorang lelaki berhubungan dengan seorang perempuan dan beriltizam dengan segala kewajiban yang ditetapkan bagi kedua2nya.


Ada masyarakat yang mengamalkan eksogami,iaitu berkahwin dengan orang dari luar kelompok, suku, bangsa,atau kawasannya manakala ada masyarakat yang mengamalkan endogami,iaitu berkahwin dalam kalangan kelompok yang serupa sahaja..


Jenis Perkahwinan.


Ada 3 bentuk perkahwinan yang biasa diamalkan, iaitu bentuk monogami, poligami dan cendogami..Hehe msti majoriti biasa dengar poligami jew kan??Monogami tue bentuk yang paling lazim di mana ia melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan pada waktu tertentu. Perkahwinan antara seorang lelaki dengan 2 atau lebih wanita dikenali sbg poligami (yang nie ramai wanita x suke termasuk aqu) manakala antara seorang wanita dengan 2 atau lebih lelaki dinamakan poliandri.


Poliandri fraternal pula ialah satu keadaan apabila seorang lelaki berkahwin, maka secara automatik semua adik-beradik lelakinya dianggap berkahwin dengan isterinya..Berlaku pada masyarakat Toda di selatan India. Masyarakat Arab pada zaman jahiliah juga pernah mengamalkan tetapi dikenali dgn nama perkahwinan istibdha..Dalam masyarakat Poliandri,perempuan diberi hak untuk tentukan siapa ayah kepada ank y bakal dilahirkan.


Cendogami ialah perkawinan kumpulan..Dimana sama ada mempunyai lebih isteri atau suami pada waktu tertentu..dan bg pentuan siapa bapa itu tidak penting..semua suami layak jadi bapa..Pernah berlaku pada masyarakat Nayar di India selatan n masyarakat Marquesan.


Perkahwinan yang bersifat perzinaan..popular di kalangan masyarakat arab pada zaman Jahiliah..Bentuknya seperti pergundikan(seorang lelaki mempunyai beberapa orang perempuan peliharaan dan bergaul sbg suami isteri tanpa ikatan yang sah).


Perkahwinan mut'ah pula ialah perkahwinan sementara. Perkahwinan bentuk ini banyak berlaku di Barat pada zaman moden nie tp dikenali sbg perkahwinan Percubaan..Perkahwinan Badal atau Mubadalah pula dilakukan dengan cara pertukaran isteri antara 2 orang suami (boleh plak main tukar2 eh)..


Last sekali perkahwinan Syighar..iaitu 2 oarng lelaki yang menukarkan anak atau saudara perempuan masing2..sebagai contoh A dan B berpakat nk jodohkan anak dieowang..so awl2 da cop da..owang lain xleh masuk n ank2 perempuan xleh bantah..Dalam konteks nie ade prinsip bahawa wanita milik lelaki..(byk huduhnyeee)..


Lastly..macam2 jenis perkahwinan yang ade kat dunia nie..tapi ape2 pon aqu tetap suka yang jenis monogami..seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam satu masa..nk berangan jap boleh??
hahaha da da..merepek da..


p/s~perkahwinan tu bukan tuk suka2..dalam tu penuh 1001 tanggungjawab..so kalo da ready ok la..so sape nk dirikan masjid..sila2 la jemput yerk..

No comments:

Post a Comment