Friday, March 25, 2011

Cukur Bulu Kaki..haruss..Benarkah???


Malam nie hati aqu tergerak nak cari isu tentang hukum agama yang mana bermain2 di benak fikiran aqu nie..
Bese aqu terfikir..kenapa owang suka daiii rambut, cukur bulu kening, cukur bulu idung opsss ade ker?? hehe n paling x kurang femes cukur bulu kaki..so kat sini aqu cari la sedikit sumber tuk aqu kongsi bersama ngan readers sume..Then nie lah hasil yang aqu dapat..


Soalan; Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan di televisyen (Veet). terima kasih, uztaz.

Jawapan;

Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Wallahu a’lam.



So??hehe kalo teringin nk cukur bulu kaki tu go on jew la..tapi bile da ckur tu jgn la menggatal menggedik nk pkai skirt plak erkkk..tutup jew la..wat tontonan sendr..tapiii pernah gk aqu dgr kalo dicukur makin lebat jadinye...hehe so lu fikirrrlah sendiriii yo...



No comments:

Post a Comment