Sunday, May 29, 2011

Purpose of Human Life

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman lg setia bersam blog nie..

Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas-jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya, atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsure dalam alam mini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang2 berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.

Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah di muka bumi ini. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang singkat ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu,ia kekal menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung.

Manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri, tetapi ia dijadikan untuk menyembah Allah. Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, ia dijadikan untuk selama-lamanya.

Ada orang berkata: "Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup." Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, kenapa manusia itu hidup??

Adapun para materialisme menjawab: "Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia."

Manakala orang yang beriman menjawab: "Manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi." Firman Allah SWT: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah ALLAH yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar." (Al-Mukminun: 115-116)

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya dengan orang yang hidup untuk Tuhannya, di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap. Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. Kerana manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup.

Dengan perkataan lain, "manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. Apabila usia manusia tamat dalam masa yang singkat maka berakhirlah segala-galanya. Alangkah benarnya perkataan al-Quran: "Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja." (Al-Nisaa':77 )

(Dr Yusof Al-Qaradhawi, Kemanisan Iman (Terj), 2000, Jabatan kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur,ms 111-112)

nota kakitgn: renung2kan dan selamat beramal..^_^

ikowt dang dye jew!!


Assalamualaikum semua..

hoho..penatnye badan..repair balik!! sambil typing..oh ape erk nk tulis kali nie yerk..tadi aku pergi la satu tempat nie..hehe bukan jauh pon setakat g H.K jew..x jauh kan..Hong Kong tuh..haha okei tipu..Hentian kajang jew..

Tujuan aku x lain x bukan nk beli tiket balik Terengganu..perghh lame da nie x balik umah..excited tgu ari khamis nie nak balik..yihaa yabedabedu...huhu nak balik nak balik jumpa ma...lalalalala..

After beli tiket tu..sambil tgu bus datang..al-maklum la bus rapid nie yang kekonon laju nie dtg sejam sekali.so fikir lambat lg aku pon ape lg amik kesempatan g kedai MU..bukan Manchister United auw..ntah ape name penuh dye xla aku tgok..janji dapat cuci mata da la..haha btui ker setakat cuci mata???weeeee ^_^

Then after settle tu aku tgu la bus..sambil la duduk kat hentian tu n mkn keropok yang aku beli..da tgh hari kowt..lapa sudey..n then mase nie sempat la memerhati owang..ade foreigner,ada mat indon n minah indon n ade gk la warganegara Malaysia..perhati punya perhati..macam2 ragam ley jumpa..Ade aqu jumpa ngn pompuan pakai seluar tidow la..apekess pkai seluar tidow tgh hari buta nie..pelik le...kalo tgk mak aku msti kene leter..tp kira nie ok lg..Jumpa plak 2 orang nie..xtaw la aqu adik abg ker boy and gurlfwenz tapi yang nie lg r memg pkai baju n suar tidow..ape??korg nie br bgn tidow ker??n then trus pg beli mknan??aiskhhh sabo jew la..sambil geleng2 kepala..

Kemudian plak..jumpa la 4 orang nie plak..nie lagi satu pesen(ragam) boleh plak bercakap2 tgh jalan..btui3 tgh jalan..buatnya kereta laju x ke mamposss(perghhh kasar bahase)sowy3..tapi cmtu la..nk ckap tu tgk la tempat nie tgh jln pon ko nk redahh ye..iskh3 sabo lg..

Hurmm tu la pemerhatian aku arini selama hampir setengah jam tgu bus..ade gk aqu nampak seorang ibu berpimpin tangan ngn 2 anak pompuan yang masih kecil..comel n yang adeq siap bawak bear lg haha..aqu mase kecik ade bwk bear ker erk??hihi t balik tnye mak aqu..sekian..

nota kakitgn: aqu balik 2.6 nie hehe..
                   nie br siap wat esement..dr td jejari nie asyik menaip jew..
                   lastly, jgn lupe dtg melawat lg..yang y ade mlwt..tq so much muahh..

Monday, May 23, 2011

7 Golongan Dilindungi Allah

Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, baginda bersabda:
Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya:

1) Imam (pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis airmatanya.
4) Orang yang hatinya tergantung pada masjid.
5) Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
6) Lelaki yang digoda oleh perempuan berdarjat yang cantik, tetapi dia mengatakan "aku takutkan Allah".
7) Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanannya.

Monday, May 16, 2011

Buatmu Guru

Tika melangkah gerbang persekolahan..
Tanggisan ketakutan teralir keluar..
Namun ketika melihat wajah ayu seorang guru..
Terukir manis dengan senyuman..
Menghilangkan resah dijiwa ini..
   Tutur kata yang lembut
   Menberikan kekuatan untuk terus melangkah
   Biarpun x diketahui cabaran yang mendatang..
   Tapi cukuplah harapan guru sebagai sandaran..
Nuraninya hatimu guru..
Bilamana kau mengajar aku tanpa penat dan jemu..
X pernah kau mengeluh kepenatan..
Bahkan kau terus gigih mencurah ilmu
  Kadang kala kau memarahiku..
  Kadang kala kau merotanku..
  Kadang kala kau menbisukan dirimu..
  Hingga kebencian timbul dalam diriku..
Tapi mengertikah aku..
Saat itu terjadi hatimu dipagut
Duka,resah,sedih bercampur baur..
Kerana memikirkan tindakanmu terhadapku..
Bukan itu yang kau ingin lakukan..
Tapi kau menginginkan aku menjadi seorang insan..
Meskipun dibenci kau teruskan jua..
  Bagimu tiada apa yang lebih indah
  Melainkan kejayaanku..
  Bukan sahaja pencapaian akademik kau utamakan
  Malah penbentukan sahsiah penentu masa depan..
  Apa gunanya cemerlang akademik tanpa peribadi unggul
Kau juga mendoakan anak didikmu..
Ke mana pergi anak didikmu tetap terhias akhlak mulia..
Tergiang di telingaku kata-kata nasihatmu..
Sungguh aku rindu pada bicara kalam mu..
Inginku menatap wajahmu yang tetap manis dimataku..
  Guruku..sempena 16 Mei ini..
  Walau bukan di depan matamu..
  Bicara kata Selamat HAri Guru..
  Ku lafazkan melalui puisi ini..
  Sesungguhnya kau insan mulia..
  Ku sanjung dirimu sampai akhirnya..
  Terima kasih guru..Terima kasih atas semuanya..
  Halalkan segala ilmu yang pernah tercurah..
  Dan saat ini wajahmu terlayan di mataku..
  Namamu terukir kemas di hati..
  Salam sayang dan kerinduan dari anak didikmu..

Sunday, May 15, 2011

Mawar Merah Berduri dan Merpati Putih


Suatu ketika, si merpati putih terbang merantau jauh dari tempatnya menuju ke suatu tempat yang lain mencari pengalaman baru..ketika itulah dia menemui  si mawar merah yang layu tanpa senyuman manis biarpun mentari memancar riang..Kesian melihat keadaan si mawar merah,lalu si merpati putih cuba menolong..Jauh di sudut sana,kelihatan air jernih..Di cuba mengambilnya lalu disirami  ke atas si mawar merah dengan harapan moga si mawar merah kan mekar mewangi kembali..
 Sekian lama di jaga penuh cekal, akhirnya si mawar merah kembali mekar seriang mentari yang menyinar..Tersenyum si mawar melihat si merpati lalu jatuhlah cinta antara keduanya.. Si merpati tetap setia menjaga si mawar agar ia mekar sentiasa..Namun disangka angin kan selalu sepoi2 bahasa namun x sangka ribut kan melanda jua..Kelihatan duri menerbitkan diri di balik kuntuman si mawar merah hingga sukar untuk si merpati putih merapatkan dirinya pada si mawar..duri seakan menghalang untuk mereka bermesra seperti dulu..
Akan tetapi,bertapa teguh dan setianya si merpati putih..ia berusaha mencari jalan tuk mematahkan duri  y akan melukakan dirinya dan mawar merah..Setiap hari dia berusaha mematahkan dan memujuk si mawar merah untuk berusaha kembali seperti dulu..namun kadangkala si mawar berduri hanya mendiamkan diri..Si merpati tetap terus mencuba..semakin dicuba semakin itulah kelukaan jelas terpancar berdarah badan si merpati..
 Terukir senyuman di wajah si merpati biarpun dia gagal..X siapa tahu perasaannya hatta si mawar tetap sebegitu..demi cintanya terhadap si mawar..dia tidak akan pernah mengalah..Terkadang dirinya dimarahi, disakiti dan kadangkala si mawar menunjukkan ketidaksenangannya terhadap si merpati.. sedih di hati x siapa tahu..mengapa begini jadinya setelah sekian lama mereka berdua bermadu kasih..mengikat janji setia bersama..bersaksi mentari yang menyinar riang dan bulan sentiasa menitipkan cahaya ditambah dirinya yang setia disisi mawar merah supaya ia x sunyi dan takut dalam kegelapan malam..
”Pedih hatiku..tersangatlah pedih hatiku..”desis si mawar merah.. Mengapa ini semua terjadi..aku terluka saat melihat dirimu terluka merpati kesayanganku..Bukan sengaja ku menyakiti hatimu dengan kemasaman wajahku,kata2 sinis ku lontarkan padamu..namun pada hakikatnya hatiku pedih melihat dirimu yang masih setia menemani aku dan bilamana kau mencuba menbuang duriku,badanmu yang putih akan bertukar menjadi merah..kelukaan kian bertambah sedangkan aku tidak sanggup melihat keadaanmu..setiap kali malam menjelma,ku menanggis dalam hati mengenangkan sikapku tehadap mu..cukuplah kasih..jangan kau lukai dirimu kerana diriku.. Sungguh..sungguh aku tidak sanggup..Andai ku mampu..andai  ku mampu..arghh sukar tuk lakukan dan sukar tuk ku kotakan..
Aku ingin berjanji tapi kutahu sering ku ingkari janji itu..Sampai bilakah??    Sampai tiba saat kau sudah jemu dan berputus asa lalu kau berlalu pergi hingga aku terkulai layu kembali?? Bagaimana bisa ku mampu kembalikan apa yang hilang??Katkanlah padaku duhai si merpati putih..Sungguh aku tidak tahu..Pilu ini kian bersemi di hati..Aku berjanji sayang..tuk sekian kali..ntah ke berapa kali tapi aku kan tetap mencuba kembali menyinari kasih kita, mengembalikan senyuman di wajahmu..seperti dahulu bait2 cinta terlafaz di sanubari hatiku dan hatimu, menbahagiakan dirimu yang banyak berkorban demi  kegembiraanku hingga setiap waktuku disulami cahaya sinar hatimu bersemadi dalam jasadku..Maafkan aku kasih..Maafkan aku..