Monday, May 16, 2011

Buatmu Guru

Tika melangkah gerbang persekolahan..
Tanggisan ketakutan teralir keluar..
Namun ketika melihat wajah ayu seorang guru..
Terukir manis dengan senyuman..
Menghilangkan resah dijiwa ini..
   Tutur kata yang lembut
   Menberikan kekuatan untuk terus melangkah
   Biarpun x diketahui cabaran yang mendatang..
   Tapi cukuplah harapan guru sebagai sandaran..
Nuraninya hatimu guru..
Bilamana kau mengajar aku tanpa penat dan jemu..
X pernah kau mengeluh kepenatan..
Bahkan kau terus gigih mencurah ilmu
  Kadang kala kau memarahiku..
  Kadang kala kau merotanku..
  Kadang kala kau menbisukan dirimu..
  Hingga kebencian timbul dalam diriku..
Tapi mengertikah aku..
Saat itu terjadi hatimu dipagut
Duka,resah,sedih bercampur baur..
Kerana memikirkan tindakanmu terhadapku..
Bukan itu yang kau ingin lakukan..
Tapi kau menginginkan aku menjadi seorang insan..
Meskipun dibenci kau teruskan jua..
  Bagimu tiada apa yang lebih indah
  Melainkan kejayaanku..
  Bukan sahaja pencapaian akademik kau utamakan
  Malah penbentukan sahsiah penentu masa depan..
  Apa gunanya cemerlang akademik tanpa peribadi unggul
Kau juga mendoakan anak didikmu..
Ke mana pergi anak didikmu tetap terhias akhlak mulia..
Tergiang di telingaku kata-kata nasihatmu..
Sungguh aku rindu pada bicara kalam mu..
Inginku menatap wajahmu yang tetap manis dimataku..
  Guruku..sempena 16 Mei ini..
  Walau bukan di depan matamu..
  Bicara kata Selamat HAri Guru..
  Ku lafazkan melalui puisi ini..
  Sesungguhnya kau insan mulia..
  Ku sanjung dirimu sampai akhirnya..
  Terima kasih guru..Terima kasih atas semuanya..
  Halalkan segala ilmu yang pernah tercurah..
  Dan saat ini wajahmu terlayan di mataku..
  Namamu terukir kemas di hati..
  Salam sayang dan kerinduan dari anak didikmu..

No comments:

Post a Comment